January 28, 2009

School Registration

Hari ini me daftarkan ajim dan naqi di seabrook primary school; sekolah hanya bermula hari isnin depan, 2 februari, jadi ajim dan naqi ada lagi 4 hari untuk relaks di rumah.

Me cuma perlu bawa mereka ke kedai untuk mendapatkan uniform sekolah sahaja kerana perkakas sekolah dan buku-buku sudah termasuk di dalam yuran pendaftaran mereka: AUS$250 setahun seorang.

Waktu sekolah bermula 9 pagi dan tamat 3 petang, termasuk masa rehat pagi dan makan tengahari.


salah satu bangunan sekolah
kawasan playground sekolah

Gambar selanjutnya pada hari pertama persekolahan.

No comments:

Post a Comment