Showing posts with label cerita melbourne city. Show all posts
Showing posts with label cerita melbourne city. Show all posts

February 2, 2009

1st City Visit

Sabtu yang lalu baru me and family dapat buat lawatan pertama ke bandaraya melbourne … gara-gara cuaca panas selama 3 hari yang merupakan satu sejarah di sini … melbourne tidak pernah mengalami suhu melebihi 40C untuk 3 hari berturut-turut.

Untuk visit pertama ini lebih kepada mengenali bandaraya melbourne … bersiar-siar di victoria market, pengalaman pertama naik tram …



1st tram ride untuk ajim, naqi & hana:






di victoria market:




January 28, 2009

Cuaca Melbourne

Semasa me and kids tiba ahad lalu, cuaca terang tapi dingin … 15C. tetapi sejak semalam untuk 4 hari ini Melbourne mengalami heat wave dan dijangkakan suhu menjangkau 45C. Jadi, untuk 4 hari ini me, kids dan nabila hanya dapat lepak di rumah walaupun plannye untuk merayau-rayau di Bandar Melbourne. Nampaknya jalan-jalan terpaksa ditunda ke minggu depan.


suhu dalam rumah pada 3 ptg hari ini ... ianya naik sehingga 37C dalam rumah & 43C di luar

Sekarang ni musim summer, jadi subuh 5.15 pagi; sebelum 6 pagi dah mula terang; zohor 1.40pm, asar 5.40pm. Waktu malamnya lepas 8.30 malam, dengan maghrib 8.42pm dan isyak 10.20pm.
Bukan sahaja perlu sesuai diri dengan perbezaan 3 jam waktu di sini dan malaysia, me dan kids juga terpaksa sesuaikan diri dengan waktu siang yang panjang dan malam yang singkat.
Setakat ni kids hanya dapat tidur hampir 1 pagi (10 malam malaysia) dan bangun hampir 10 pagi (7 pagi malaysia). Cuma 4 hari sahaja sebelum sekolah bermula untuk ajim dan naqi adjust ... certainly not easy, even for me....

January 26, 2009

24 Januari 2009 … Melbourne, Here We Come

24.01.2009, 9.35 malam, me, ajim, naqi dan hana berangkat ke Melbourne bersama nabila, me kids’ cousin. Kids nampak seronok masa bertolak dari rumah dan masa di terminal airport KLIA, rasanya kids looking forward berjumpa dengan mamanya yang terpisah hampir sebulan lamanya.

Masa di KLIA, seronok dan sebak bila dihantar oleh me parents and in-laws, dan me adik-adik dan bro and sis in laws. Thanks apak & mak, abah & mak, zarin, aishah, nazrie, aida, abg zain, kak idah, fuad, aiman. To khaleed, zura, dafi, your calls dah memadai.




Di dalam Malaysia Airlines’ Boeing 777 me kids tambahlah seronoknya bila setiap tempat duduk dibekalkan dengan tv monitor, dan, bukan sahaja movie dan cartoon, tetapi juga video games … itu yang membuatkan me kids tidur lepas 12 tengah malam.

Perjalanan sejauh 6500+- kilometer itu mengambil masa 7 jam dan 30 minit … 8.05 pagi waktu tempatan (5.05 pagi di Malaysia) kami selamat mendarat dan menjejakkan kaki di Melbourne.

Di tempat ketibaan … mama dan me new frens, Abang Surani dan Kak Halimah, sudah menunggu. Untuk 30 minit selanjutnya, me have the first taste of driving in Melbourne Australia, first ke rumah Abang Surani untuk Kak Halimah’s nasi lemak for our breakfast, dan kemudian ke rumah kami di Laverton: a cosy, 3 rooms single storey house.

Okaylah, cukup untuk first entry dari Melbourne Australia …

Hmm, baru sehari di sini sudah MISS MALAYSIA already ….