January 28, 2009

Cuaca Melbourne

Semasa me and kids tiba ahad lalu, cuaca terang tapi dingin … 15C. tetapi sejak semalam untuk 4 hari ini Melbourne mengalami heat wave dan dijangkakan suhu menjangkau 45C. Jadi, untuk 4 hari ini me, kids dan nabila hanya dapat lepak di rumah walaupun plannye untuk merayau-rayau di Bandar Melbourne. Nampaknya jalan-jalan terpaksa ditunda ke minggu depan.


suhu dalam rumah pada 3 ptg hari ini ... ianya naik sehingga 37C dalam rumah & 43C di luar

Sekarang ni musim summer, jadi subuh 5.15 pagi; sebelum 6 pagi dah mula terang; zohor 1.40pm, asar 5.40pm. Waktu malamnya lepas 8.30 malam, dengan maghrib 8.42pm dan isyak 10.20pm.
Bukan sahaja perlu sesuai diri dengan perbezaan 3 jam waktu di sini dan malaysia, me dan kids juga terpaksa sesuaikan diri dengan waktu siang yang panjang dan malam yang singkat.
Setakat ni kids hanya dapat tidur hampir 1 pagi (10 malam malaysia) dan bangun hampir 10 pagi (7 pagi malaysia). Cuma 4 hari sahaja sebelum sekolah bermula untuk ajim dan naqi adjust ... certainly not easy, even for me....

No comments:

Post a Comment