January 28, 2009

Cuaca Melbourne

Semasa me and kids tiba ahad lalu, cuaca terang tapi dingin … 15C. tetapi sejak semalam untuk 4 hari ini Melbourne mengalami heat wave dan dijangkakan suhu menjangkau 45C. Jadi, untuk 4 hari ini me, kids dan nabila hanya dapat lepak di rumah walaupun plannye untuk merayau-rayau di Bandar Melbourne. Nampaknya jalan-jalan terpaksa ditunda ke minggu depan.


suhu dalam rumah pada 3 ptg hari ini ... ianya naik sehingga 37C dalam rumah & 43C di luar

Sekarang ni musim summer, jadi subuh 5.15 pagi; sebelum 6 pagi dah mula terang; zohor 1.40pm, asar 5.40pm. Waktu malamnya lepas 8.30 malam, dengan maghrib 8.42pm dan isyak 10.20pm.
Bukan sahaja perlu sesuai diri dengan perbezaan 3 jam waktu di sini dan malaysia, me dan kids juga terpaksa sesuaikan diri dengan waktu siang yang panjang dan malam yang singkat.
Setakat ni kids hanya dapat tidur hampir 1 pagi (10 malam malaysia) dan bangun hampir 10 pagi (7 pagi malaysia). Cuma 4 hari sahaja sebelum sekolah bermula untuk ajim dan naqi adjust ... certainly not easy, even for me....

School Registration

Hari ini me daftarkan ajim dan naqi di seabrook primary school; sekolah hanya bermula hari isnin depan, 2 februari, jadi ajim dan naqi ada lagi 4 hari untuk relaks di rumah.

Me cuma perlu bawa mereka ke kedai untuk mendapatkan uniform sekolah sahaja kerana perkakas sekolah dan buku-buku sudah termasuk di dalam yuran pendaftaran mereka: AUS$250 setahun seorang.

Waktu sekolah bermula 9 pagi dan tamat 3 petang, termasuk masa rehat pagi dan makan tengahari.


salah satu bangunan sekolah
kawasan playground sekolah

Gambar selanjutnya pada hari pertama persekolahan.

Our Home in Laverton

Hasil a very good job oleh mama rin, me dan kids dapat masuk rumah terus dari airport pada 25 januari, albeit after a pit stop for nasi lemak at kak halimah’s house.

Ni gambar-gambar rumahnye di laverton, 20+km ke Melbourne city, yang siap dengan lawn depan dan backyard di kawasan dalam pagar rumah.

view depan rumah


view kawasan dalam pagar

satu lagi view kawasan dalam pagar


Oh ya, di kawasan rumah ini ade sedikit perbezaan bila buang sampah.



Untuk sampah rumah biasa guna tong cover kelabu; sampah boleh guna semula (recycle) tong cover kuning, sementara tong cover hijau untuk sampah hijau seperti rumput, ranting. Garbage collection setiap isnin, kelabu setiap minggu sementara kuning dan hijau 2 minggu sekali.

January 26, 2009

26 January 2009 ... Geelong BBG pada Australian Day

Hari ini hari kedua di melbourne. Dan hari ini juga cuti awam untuk seluruh australia untuk meraikan australian day, satu perayaan seperti hari kemerdekaan bagi penduduk di sini.

Hari ini me family dibawa oleh abang surani dan keluarga ke bbq gathering di geelong yang dianjurkan oleh komuniti melayu di sini.

Semasa perjalanan singgah di stesyen minyak. Di situ me ternampak satu car wash centre ... yang menariknya, ianya self-service atau layan diri.



Bbq tersebut terletak di sebuah taman rekreasi di tepi laut. Selain daripada keenakan home-cooked meal yang disediakan, kesempatan ini juga diisi dengan kelas ugama yang dikendalikan oleh Ustaz Husni, pensyarah UIA yang mengikuti kursus post grad di sini.
kawasan taman rekreasi:
me, rin, kids & nabila berposing le :)
bbqnya:








Semasa perjalanan pulang, berhampiran hoppers crossing shopping centre, me terpaksa melalui satu police road block dan menjalani me first breath test ... ujian itu dilakukan ke atas semua pemandu di road block tersebut ... negative le hehehe.



24 Januari 2009 … Melbourne, Here We Come

24.01.2009, 9.35 malam, me, ajim, naqi dan hana berangkat ke Melbourne bersama nabila, me kids’ cousin. Kids nampak seronok masa bertolak dari rumah dan masa di terminal airport KLIA, rasanya kids looking forward berjumpa dengan mamanya yang terpisah hampir sebulan lamanya.

Masa di KLIA, seronok dan sebak bila dihantar oleh me parents and in-laws, dan me adik-adik dan bro and sis in laws. Thanks apak & mak, abah & mak, zarin, aishah, nazrie, aida, abg zain, kak idah, fuad, aiman. To khaleed, zura, dafi, your calls dah memadai.




Di dalam Malaysia Airlines’ Boeing 777 me kids tambahlah seronoknya bila setiap tempat duduk dibekalkan dengan tv monitor, dan, bukan sahaja movie dan cartoon, tetapi juga video games … itu yang membuatkan me kids tidur lepas 12 tengah malam.

Perjalanan sejauh 6500+- kilometer itu mengambil masa 7 jam dan 30 minit … 8.05 pagi waktu tempatan (5.05 pagi di Malaysia) kami selamat mendarat dan menjejakkan kaki di Melbourne.

Di tempat ketibaan … mama dan me new frens, Abang Surani dan Kak Halimah, sudah menunggu. Untuk 30 minit selanjutnya, me have the first taste of driving in Melbourne Australia, first ke rumah Abang Surani untuk Kak Halimah’s nasi lemak for our breakfast, dan kemudian ke rumah kami di Laverton: a cosy, 3 rooms single storey house.

Okaylah, cukup untuk first entry dari Melbourne Australia …

Hmm, baru sehari di sini sudah MISS MALAYSIA already ….






January 11, 2009

Aktiviti … Balik Kampung

Hari minggu me and kids balik kampung to keep ourselves occupied … kesian kat anak-anak yang rindukan mamanya …

Oleh kerana me ayah ade kebun dan kandang kambing, macam-macam kerja yang boleh dilakukan.

mengemas kebun

naqi, hana & alang mengumpul daun-daun kering



naqi & hana ... rajinnye anak-anak ayah ni


memberi kambing makan

ajim memberi susu kepada "achik"


giliran naqi dengan "Sal 1", dan hana dengan "Sal 2"


Ajim & Naqi posing dengan Syawal

January 7, 2009

Act 2, Berita Tahun Baru

7 hari dalam tahun 2009 ...

When I woke up this morning, its the first time in 14+ year that I dont have an office to go to...

Semalam merupakan hari terakhir di tempat kerja saya. Setelah 14 tahun 4 bulan dan 6 hari saya rasa sudah tibalah masa. Tahun baru, langkah baru...

Life begins at 40... hmm, ironic or coincidence? Bagi saya, bukan "NEW LIFE" tetapi "A NEW CHAPTER" untuk kehidupan saya di muka bumi ini.

Mungkin lembaran baru ini akan membawa perubahan positif yang saya impikan... tepuk dada tanya selera.

January 5, 2009

Act 1, Berita Tahun Baru

Baru kejap tadi terima sms mengejut dari isteri dan mama tersayang ... "kat casualty slip kat tram sprain ankle n torn ligament. rasa tak fractured..."

Ikutkan hati nak terbang aje ke hospital, tapi apakan daya ianya sejauh 6,360 kilometer ... 8 jam penerbangan terus tu ...

Sebenarnya, Rin dah terbang ke Melbourne Awal Muharram eve baru-baru ini untuk mengikuti latihan kerja di sana ... sementara tu, me and anak-anak hanya menunggu masa untuk bersama-samanya ... tak lama lagi tu ...

Hmmm, resah me and anak-anak menanti berita selanjutnya ... nasib baik ada teknologi komunikasi moden ... telefon, internet, YM, webcam ...

January 1, 2009

1 Januari 2009

1 Januari 2009 ... tahun baru, lembaran baru, cerita baru ...


just wondering:

when it comes to new year resolutions ... if you keep on bringing forward the old list, doesn't that make the exercise, rather, pointless????