July 11, 2009

Queensland Holiday - Day 6 to 11

5 July to 10 July 2009:

Hari ke 6 di Gold Coast kami terbang lebih kurang 1000+km ke Cairns Airport untuk ke Port Douglas di utara Queensland. Dari Cairns Airport ke Port Douglas mengambil masa 1 jam melalui jalan tepi laut yang berliku-liku.

Sepanjang minggu di Port Douglas kami tidak ke mana-mana; anak-anak main di pool, dan berjalan-jalan di pekan Port Douglas. Santai di sini seperti berada di Langkawi.

Cuma pada hari Rabu kami sempat mengambil tour ke Great Barrier Reef. Tour bermula dengan menaiki boat catamaran dari Port Pouglas jam 10 pagi untuk ke floating deck di Agincourt Ribbon Reef sejauh 30+km yang mengambil masa 90 minit.



depan catamaran ... oppps, hana ada kat belakang ....




floating deck & semi submersible vessel



Kami di pelantar selama 3 1/2 jam dan sampai kembali di Port Douglas jam 4.30 petang. Aktiviti di pelantar:

menaiki semi submersible boat:
boat ini ada glass window yang membolehkan kita melihat coral reef.


in the semi sub



view coral dari semi sub

snorkeling:
satu aktiviti yang nazhim dan saya rasa menyeronokkan. swimming with the fish, first time snorkeling rasa nak lagi. mungkin lepas ni cuba pula di tempat kita seperti di Langkawi, Redang, Sipadan ...


underwater observatory:
di floating deck juga ada tempat untuk melihat coral reef.
oh ya, lunch pun di floating deck:

July 4, 2009

Queensland Holiday - Day 3, 4 & 5

2, 3 & 4 July 2009:


Pada hari ke 3 & 4 di Gold Coast kami ke 2 tempat yang antara theme parks yang buat Gold Coast ini famous:

Movie World




Sea World




Pada hari ke 5 di sini kami travel ke utara brisbane untuk sehari di zoo that the late Steve Irwin, the Crocodile Hunter, made famous:
Australia Zoo

July 2, 2009

Queensland Holiday - Day 2

1 July 2009, Day 2 di Gold Coast:

Hari ini kami ke Lamington National Park, lebih kurang 45km dari Surfers Paradise. Perjalanan menaiki bukit yang berliku-liku mengingatkan kami perjalanan ke balik pulau :)





Di puncak bukit kami mengikuti trail sejauh 1.1km ke Kweebani Cave, tempat tinggalan kaum asli di sini. Mengikut staff di Information Centre di situ, Kweebani bermaksud "our kitchen' atau 'dapur kami".




Kweebani Cave

Pada malam harinya kami berjalan ke Night market di Esplanade, Surfers Paradise.


Queensland Holiday - Day 1

30 Jun 2009, hari pertama di Queensland:





di tullamarine airport, melbourne ... menunggu flight Jetstar JQ444 (photographer: naqi)



Penerbangan dari Melbourne ke Gold Coast mengambil masa hampir 2 jam. Touchdown di Coolangatta Airport 4.50pm ...



Hari pertama ni tak dapat ke mana-mana sebab by the time kami tiba di surfers tradewind apartment hari dah malam.

2nd Term School Holidays

tup tap tup tap dah sepuluh minggu berlalu dan cuti sekolah term 2 pun bermula ... untuk 2 minggu ini kami ke queensland ... a bit warmer than victoria pada masa winter ni ...

June 10, 2009

Oh Durian & Bubur Durian

Me brother Zarin kata durian kat kampung dah mula gugur ... tahun ni nampaknya layan gambar aje le me & family ... actually just me, rin & hana coz budak lelaki dua orang tu, ajim & naqi, kata "durian is smelly". hmmm, rugi le hehehe


Anyway, lepas layan gambar durian-durian tu, teringin lak nak pekena bubur kacang durian. Jadi, dalam perjalanan balik kerja semalam sempat rin singgah asian grocery store.

Hasilnya:





Durian & Bubur Durian

June 5, 2009

Riadah di Melbourne ... Parks & Beaches

Relaxing with the kids in Melbourne is not difficult and not all things require entrance fees. There all always the parks and beaches.

Di Melbourne City dan kawasan suburbs ada playground, parks atau garden; pantai pun tak jauh. Jadi di sini kami ke pantai, playground, parks dan garden sekiranya cuaca mengizinkan:

fitzroy garden, melbourne city:




altona beach, feeding the seagulls:



playground by the werribee south beach:



June 3, 2009

Driving in Melbourne ... part one

Dari saat jejak kaki di Melbourne ni me dapat peluang driving di sini. Jadi, ni le cerita pemanduan setakat beberapa bulan di melbourne & victoria ni:

Di melbourne city mungkin ada tram dan bas untuk ke mana-mana; tetapi, walaupun ada keretapi dan bas, tinggal di suburbs seperti kami di Laverton ni, kenderaan satu kemestian untuk bergerak: hantar & ambil budak sekolah, beli barang rumah, jalan-jalan ...

Jadi, jika anda akan ke sini, put a budget for a car. harga dari 1.5 - 2 ribu ozzie for a reasonable used car. Untuk cara dan fee bagi mendaftar jual beli tersebut, layari laman vicroads (jika anda di victoria). Oh ya, fee pendaftaran termasuk insuran 3rd party bodily injury. Anda juga boleh mengambil tambahan insuran 3rd party property damage dan own car damage dengan mana-mana syarikat insuran ... yang mudahnya, anda boleh beli insuran secara online aje.

Seperti di malaysia, pemandu dan penumpang perlu guna seat belt, dan, kanak-kanak bawah 7 tahun perlu guna car seat atau bolster seat.



Hmm, nanti sambung lagi ....

June 1, 2009

1st Term Cuti Sekolah ... Sydney Bondi Beach

Jika ke Sydney, tak sah jika tidak ke Bondi Beach ... salah satu pantai yang popular. Jadi, since we are in Sydney, LETS GO TO THE BEACH.



Bondi Beach, bersantai dengan kak nora and kids farah & faris. unfortunately abang zaed had to go to work that weekend:




Biasanye hari minggu pantai ni penuh dengan pengunjung sehingga sukar untuk mendapat ruang secukupnya untuk letak barang & tikar. Tapi, we were lucky during our visit to the beach; ruang yang secukupnya untuk letak khemah. Mungkin sebab cuti panjang hari minggu good friday & easter.


with my lovely wife
activiti di pantai ... naqi jadi mangsa hehehe

1st Term Cuti Sekolah ... Canberra

Di Victoria ni term sekolah adalah selama 10 minggu; lepas tu cuti sekolah untuk 2 minggu kecuali cuti term 4 selama 6/7 minggu.

Pada cuti term 1 yang lalu kami sekeluarga berpeluang jalan-jalan ke Sydney. By road, trip nya sejauh lebih 700km+. Jadi, kami singgah semalam di Canberra.
Di Canberra kami sempat menjengok:
Parliament House:



Ni kat roof top Parliament House


Di Questacon, tempat ni macam Pusat Sains Bukit Kiara
Ada tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi tetapi masa tidak mengizinkan. Rest of the trip is Sudney...