Hari ke 6 di Gold Coast kami terbang lebih kurang 1000+km ke Cairns Airport untuk ke Port Douglas di utara Queensland. Dari Cairns Airport ke Port Douglas mengambil masa 1 jam melalui jalan tepi laut yang berliku-liku.
Sepanjang minggu di Port Douglas kami tidak ke mana-mana; anak-anak main di pool, dan berjalan-jalan di pekan Port Douglas. Santai di sini seperti berada di Langkawi.
Cuma pada hari Rabu kami sempat mengambil tour ke Great Barrier Reef. Tour bermula dengan menaiki boat catamaran dari Port Pouglas jam 10 pagi untuk ke floating deck di Agincourt Ribbon Reef sejauh 30+km yang mengambil masa 90 minit.
depan catamaran ... oppps, hana ada kat belakang ....
floating deck & semi submersible vessel
Kami di pelantar selama 3 1/2 jam dan sampai kembali di Port Douglas jam 4.30 petang. Aktiviti di pelantar:
menaiki semi submersible boat:
boat ini ada glass window yang membolehkan kita melihat coral reef.
in the semi sub
view coral dari semi sub
snorkeling:
satu aktiviti yang nazhim dan saya rasa menyeronokkan. swimming with the fish, first time snorkeling rasa nak lagi. mungkin lepas ni cuba pula di tempat kita seperti di Langkawi, Redang, Sipadan ...
underwater observatory:
di floating deck juga ada tempat untuk melihat coral reef.
oh ya, lunch pun di floating deck:
No comments:
Post a Comment