September 1, 2009

01.09.2009 ... 1st Day of Spring

Hari ni, satu september, hari pertama musim spring di victoria australia ...

tak banyak berubah dari winter, cuma hari-hari nya terasa panas sedikit, itu pun bila panas le. seminggu dua minggu ni sedikit hujan dan berangin ... minggu lalu angin bertiup hingga selaju 100+km ...

looking forward to warmer days ....

August 18, 2009

Snow Play at Mount Buller, Victoria High Country

August, the last month of winter .... tak lama lagi masuk musim Spring di Victoria ni. Jadi, sebelum terlepas, pada 16 & 17 kami take a trip to Victoria High Country, lebih kurang 200+km atau 3 jam dari Melbourne.

1st day is driving day, jadi kami ambil kesempatan untuk memandu melalui Kingslake National Park, salah satu kawasan yang terbabit dalam "February Bushfires". kesan terbakar masih dapat dilihat dengan pokok-pokok yang terbakar semasa kejadian. The drive is errie ...


Kesan terbakar pada pokok di Kingslake National Park



Menghampiri Mansfield, kami mula melalui kawasan Victoria High Country ....





Salah satu kawasan farm di Victoria High Country

Kami sempat menjengok ke:



Jamieson



Mirimbah, kawasan kaki gunung ke mount buller


Melalui National Park berdekatan Eildon



Hari kedua kami naik ke Mount Buller ...
Hari sebelumnya wet & windy, dengan hujan sepanjang hari dan angin hampir 100km/jam. Cuaca semasa di Mount Buller lebih baik dari hari sebelumnya; walaupun suhu -1C & 0C, tapi dapat merasa snow turun sepanjang hari AND kids had fun playing in the snow & tobogganing ....


Snow turun .....
yes, its a snowman

August 10, 2009

Dancing With The Koalas

That title sure is an eye opening, right? well, at least to me.

Lama tak update ... tak ada cerita baru sejak bermulanya term 3 sekolah. biase le, jadual weekdays: pagi hantar ajim & naqi sekolah. petang ambil dari sekolah. in between pergi beli grocery, masak. once or twice a week gi story telling dengan hana. maybe a trip or two somewhere nearby before ramadhan.

anyway, cuma ingin upload gambar dengan koala semasa di Australia Zoo, the only place that we could actually touch a koala!


July 11, 2009

Queensland Holiday - Day 6 to 11

5 July to 10 July 2009:

Hari ke 6 di Gold Coast kami terbang lebih kurang 1000+km ke Cairns Airport untuk ke Port Douglas di utara Queensland. Dari Cairns Airport ke Port Douglas mengambil masa 1 jam melalui jalan tepi laut yang berliku-liku.

Sepanjang minggu di Port Douglas kami tidak ke mana-mana; anak-anak main di pool, dan berjalan-jalan di pekan Port Douglas. Santai di sini seperti berada di Langkawi.

Cuma pada hari Rabu kami sempat mengambil tour ke Great Barrier Reef. Tour bermula dengan menaiki boat catamaran dari Port Pouglas jam 10 pagi untuk ke floating deck di Agincourt Ribbon Reef sejauh 30+km yang mengambil masa 90 minit.



depan catamaran ... oppps, hana ada kat belakang ....




floating deck & semi submersible vessel



Kami di pelantar selama 3 1/2 jam dan sampai kembali di Port Douglas jam 4.30 petang. Aktiviti di pelantar:

menaiki semi submersible boat:
boat ini ada glass window yang membolehkan kita melihat coral reef.


in the semi sub



view coral dari semi sub

snorkeling:
satu aktiviti yang nazhim dan saya rasa menyeronokkan. swimming with the fish, first time snorkeling rasa nak lagi. mungkin lepas ni cuba pula di tempat kita seperti di Langkawi, Redang, Sipadan ...


underwater observatory:
di floating deck juga ada tempat untuk melihat coral reef.
oh ya, lunch pun di floating deck:

July 4, 2009

Queensland Holiday - Day 3, 4 & 5

2, 3 & 4 July 2009:


Pada hari ke 3 & 4 di Gold Coast kami ke 2 tempat yang antara theme parks yang buat Gold Coast ini famous:

Movie World




Sea World




Pada hari ke 5 di sini kami travel ke utara brisbane untuk sehari di zoo that the late Steve Irwin, the Crocodile Hunter, made famous:
Australia Zoo

July 2, 2009

Queensland Holiday - Day 2

1 July 2009, Day 2 di Gold Coast:

Hari ini kami ke Lamington National Park, lebih kurang 45km dari Surfers Paradise. Perjalanan menaiki bukit yang berliku-liku mengingatkan kami perjalanan ke balik pulau :)





Di puncak bukit kami mengikuti trail sejauh 1.1km ke Kweebani Cave, tempat tinggalan kaum asli di sini. Mengikut staff di Information Centre di situ, Kweebani bermaksud "our kitchen' atau 'dapur kami".




Kweebani Cave

Pada malam harinya kami berjalan ke Night market di Esplanade, Surfers Paradise.


Queensland Holiday - Day 1

30 Jun 2009, hari pertama di Queensland:





di tullamarine airport, melbourne ... menunggu flight Jetstar JQ444 (photographer: naqi)



Penerbangan dari Melbourne ke Gold Coast mengambil masa hampir 2 jam. Touchdown di Coolangatta Airport 4.50pm ...



Hari pertama ni tak dapat ke mana-mana sebab by the time kami tiba di surfers tradewind apartment hari dah malam.

2nd Term School Holidays

tup tap tup tap dah sepuluh minggu berlalu dan cuti sekolah term 2 pun bermula ... untuk 2 minggu ini kami ke queensland ... a bit warmer than victoria pada masa winter ni ...

June 10, 2009

Oh Durian & Bubur Durian

Me brother Zarin kata durian kat kampung dah mula gugur ... tahun ni nampaknya layan gambar aje le me & family ... actually just me, rin & hana coz budak lelaki dua orang tu, ajim & naqi, kata "durian is smelly". hmmm, rugi le hehehe


Anyway, lepas layan gambar durian-durian tu, teringin lak nak pekena bubur kacang durian. Jadi, dalam perjalanan balik kerja semalam sempat rin singgah asian grocery store.

Hasilnya:





Durian & Bubur Durian

June 5, 2009

Riadah di Melbourne ... Parks & Beaches

Relaxing with the kids in Melbourne is not difficult and not all things require entrance fees. There all always the parks and beaches.

Di Melbourne City dan kawasan suburbs ada playground, parks atau garden; pantai pun tak jauh. Jadi di sini kami ke pantai, playground, parks dan garden sekiranya cuaca mengizinkan:

fitzroy garden, melbourne city:




altona beach, feeding the seagulls:



playground by the werribee south beach:



June 3, 2009

Driving in Melbourne ... part one

Dari saat jejak kaki di Melbourne ni me dapat peluang driving di sini. Jadi, ni le cerita pemanduan setakat beberapa bulan di melbourne & victoria ni:

Di melbourne city mungkin ada tram dan bas untuk ke mana-mana; tetapi, walaupun ada keretapi dan bas, tinggal di suburbs seperti kami di Laverton ni, kenderaan satu kemestian untuk bergerak: hantar & ambil budak sekolah, beli barang rumah, jalan-jalan ...

Jadi, jika anda akan ke sini, put a budget for a car. harga dari 1.5 - 2 ribu ozzie for a reasonable used car. Untuk cara dan fee bagi mendaftar jual beli tersebut, layari laman vicroads (jika anda di victoria). Oh ya, fee pendaftaran termasuk insuran 3rd party bodily injury. Anda juga boleh mengambil tambahan insuran 3rd party property damage dan own car damage dengan mana-mana syarikat insuran ... yang mudahnya, anda boleh beli insuran secara online aje.

Seperti di malaysia, pemandu dan penumpang perlu guna seat belt, dan, kanak-kanak bawah 7 tahun perlu guna car seat atau bolster seat.



Hmm, nanti sambung lagi ....

June 1, 2009

1st Term Cuti Sekolah ... Sydney Bondi Beach

Jika ke Sydney, tak sah jika tidak ke Bondi Beach ... salah satu pantai yang popular. Jadi, since we are in Sydney, LETS GO TO THE BEACH.



Bondi Beach, bersantai dengan kak nora and kids farah & faris. unfortunately abang zaed had to go to work that weekend:




Biasanye hari minggu pantai ni penuh dengan pengunjung sehingga sukar untuk mendapat ruang secukupnya untuk letak barang & tikar. Tapi, we were lucky during our visit to the beach; ruang yang secukupnya untuk letak khemah. Mungkin sebab cuti panjang hari minggu good friday & easter.


with my lovely wife
activiti di pantai ... naqi jadi mangsa hehehe

1st Term Cuti Sekolah ... Canberra

Di Victoria ni term sekolah adalah selama 10 minggu; lepas tu cuti sekolah untuk 2 minggu kecuali cuti term 4 selama 6/7 minggu.

Pada cuti term 1 yang lalu kami sekeluarga berpeluang jalan-jalan ke Sydney. By road, trip nya sejauh lebih 700km+. Jadi, kami singgah semalam di Canberra.
Di Canberra kami sempat menjengok:
Parliament House:



Ni kat roof top Parliament House


Di Questacon, tempat ni macam Pusat Sains Bukit Kiara
Ada tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi tetapi masa tidak mengizinkan. Rest of the trip is Sudney...

May 11, 2009

Hana 4 Tahun Laa

Hari ni me little princess, Nurhannah Kamilah, turns 4 ...

The celebration, well, the usual stuff: prepare the cake & candles, the birthday song, the cake cutting and .... the eating. Cuma tahun ni me bake & decorate the cake sendiri, supervised by the birthday girl:)

the cake:



princess with mum & dad:




princess with the boys:



tiup lilin:




potong kek:
Oh ya, bunga tu ... it was Mother's Day semalam 10 Mei

April 29, 2009

Masuk Autumn Dahhhh ....

Biasanye autumn mula awal april tapi tahun ni lewat sikit, mungkin sebab summer pun lewat tahun ni.

Ni dah akhir april dan cuaca dah mula sejuk ... minggu lepas siang masih 20+C tapi malam boleh terjun bawah 10C ... minggu ni suhu maximum sekitar 12-16C tapi malam boleh sampai 4C di tempat kami.

Di kawasan pergunungan Victoria ni ada dah cecah -3C, malah dah ada snow! ITS TOO EARLY FOR SNOW! Ozzie pun kata kesejukan datang awal. Kesian kami, hari tu rasa record kepanasan, ni kesejukan datang awal pula ....

Bila sejuk-sejuk ni, tambah dengan cuaca Victoria yang selalu mendung, hujan atau berangin ni, berjalan-jalan tu nampaknya makin kurang le, mungkin terhad ke kawasan dalam bangunan seperti muzium. Sini macam-macam muzium ada.

Nanti me cerita lagi.

April 7, 2009

Trip To Phillip Island

Hmm ... lama tak update cerita kami di Ozzie ni.

Sementara dah ada di sini jadi bila ada masa terluang dan cuaca yang mengizinkan...
Kami sempat pergi ke Phillip Island pada salah satu hari minggu baru-baru ini. Tempat ini terkenal dengan Penguin Parade, di mana para pengunjung dapat melihat penguin-penguin Ozzie, yang terkenal sebagai penguin terkecil di dunia, pulang ke "bunker" semasa matahari tengelam. Bagaimanapun, kami tidak dibenarkan mengambil sebarang video atau gambar semasa di kawasan Penguin parade tersebut.

Ni le rupa penguin ozzie ... ni penguin-penguin sesat di Nobbies Centre:



Selain daripada penguin parade, kami sempat berkunjung ke The Nobbies, satu kawasan berhampiran Seal Rock. Seal Rock ni tempat seal berkumpul pula. Jika mahu, ada cruise yang khas untuk meninjau seal di Seal Rock.

Bergambar di The Nobbies:





Selain dari penguin dan seal, aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah melihat dengan dekat koala serta feed the kangaroo @ wallabies di Wildlife Park:

Koalanya kat background ... seperti biasa melepak aje lepas pekena daun gum trees:




Ajim feeding the swan and kangaroo:



Lagi satu tempat yang kami lawat ialah Chocolate Factory:

Bergambar di hadapan miniature town made entirely from coklat ... siap ada train set:

March 7, 2009

Ajim's Basketball Season

Ni dah masuk 3 minggu musim sukan sekolah.

Ajim masuk school mix team basketball grade 6. Setakat ni 3 wins in a row dengan team Queen of Peace, Lumen Christie dan Altona Green. Masih ada 2 game lagi ...


Ajim in action



Doing a bit of defending




Going for a shot



Pe yang dia tengok tu???

March 1, 2009

1 March 2009 ... Naqi's 7th Birthday

Hari ni harijadi Naqi yang ke tujuh ... hari ni mendung dan sejuk pula jadi cuma celebrate di rumah aje ....


Ni le home made cake ... dekorasinya hasil inspirasi naqi & hana:




seperti biase ... tiup lilin, potong kek, lepas tu makan le ...








Selamat Hari Jadi Naqi .....



Oh ya, Naqi tanya:

Along, Angah, Alang, Ateh, Achik, Andak,Uda, Acu, Wan, Atuk (dua-dua le Cheras & Serendah) ... mana nye birthday present Naqi???